Saturday, May 30, 2009

tiada lagi puluh-puluh A1 mulai tahun depan...

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran mungkin akan mengehadkan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khamis.

Ini bagi memastikan keadilan dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, katanya.Bernama.

bagus...

keputusan yg bijak dari menteri pendidikan yg baru...
syabas diucapkan...

agak-agak lepas ni syarikat pemadam,pensel dan stapler perlulah memikirkan cara lain untuk temberang orang ramai ya...
sebab dah takde lagi budak2 yg dapat 20 A1 untuk dijadikan model iklan alat tulis...

p/s:penulis dah pernah pakai pemadam dan pen yg konon boleh buat penulis jadi cemerlang dalam exam 2...
tapi tak menjadilah..
rase cam bangang pun ade...

Tuesday, May 5, 2009

rumit...

Common sense is not so common somehow, we tend to complicates the problem more when it could be resolved with a simple approach.-si anu lagi-

sebelum ana mulakan apa-apa madah helah bercili ini...
ada baik juga kalu ana menjawab dulu serba-sedikit banyak pertanyaan dari rakan-rakan...
mahupun peminat-peminat penulisan ana di luar sana...
berkenaan kenapa ana kini sudah jarang menulis...


sebenarnya memang tak boleh nak beri jawapan busy sebab exam ni...
orang tak beli dah dengan alasan ini...
alasan ni lebih kurang sama tarafnya dengan alasan sakit perut sebab lewat ke kelas..
atau pun alasan abang kawen untuk balik bercuti ke kampung...
tapi nak buat macam mana...
dah ana mmg busy lah dengan exam ni...


kita kadang-kadang perlu terima juga alasan remeh ni...
sebab itu lah kita ini sama seperti dalam pernyataan si anu di atas...
suka merumitkan keadaan yang tak rumit...
dan kadang-kadang keadaan menjadi terlalu rumit hingga payah kita nak lihat jalan penyelesaiannya...
ana tak suka merumitkan keadaan...
dan ana tak kenal sapa-sapa pun yang suka hidup dalam kerumitan...
mahu pun kekusutan...
tapi masih...
kita rumitkan juga keadaan...

peh...
bukan main lagi Lem skarang...
macam baru putus cinta...
mana la ana nak tau...
mungkin juga kot...

teringat kata seorang sahabat...
bila masalah jadi rumit...
ada baik juga kita ber'uzlah...
dan bermuhasabah...
banyak kebaikan jika kita selalu beruzlah dan bermuhasabah ni...
kalu tak percaya cubalah dulu...
semoga kita masing-masing menemui apa yang kita hajati dan cari-cari selama ini...