Tuesday, June 30, 2009

orang dalam cermin...

I'm Starting With The Man In
The Mirror
I'm Asking Him To Change
His Ways
And No Message Could Have
Been Any Clearer
If You Wanna Make The World
A Better Place...-michael jackson-

penulis bukanlah seorang peminat tegar michael jackson (m.j)...
tapi ada satu sisi tentang beliau yang penulis amat kagum...
lirik lagu-lagu beliau kebanyakannya bermakna...
contohnya seperti petikan lagu beliau di atas...
ada sama seperti maksud salah satu ayat al-quran...

p/s:bole tahan jugak layan lagu-lagu m.j ni...
selain lagu di atas penulis suka lagu 'heal the world' dan 'will u be there'...

Saturday, May 30, 2009

tiada lagi puluh-puluh A1 mulai tahun depan...

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran mungkin akan mengehadkan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khamis.

Ini bagi memastikan keadilan dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, katanya.Bernama.

bagus...

keputusan yg bijak dari menteri pendidikan yg baru...
syabas diucapkan...

agak-agak lepas ni syarikat pemadam,pensel dan stapler perlulah memikirkan cara lain untuk temberang orang ramai ya...
sebab dah takde lagi budak2 yg dapat 20 A1 untuk dijadikan model iklan alat tulis...

p/s:penulis dah pernah pakai pemadam dan pen yg konon boleh buat penulis jadi cemerlang dalam exam 2...
tapi tak menjadilah..
rase cam bangang pun ade...

Tuesday, May 5, 2009

rumit...

Common sense is not so common somehow, we tend to complicates the problem more when it could be resolved with a simple approach.-si anu lagi-

sebelum ana mulakan apa-apa madah helah bercili ini...
ada baik juga kalu ana menjawab dulu serba-sedikit banyak pertanyaan dari rakan-rakan...
mahupun peminat-peminat penulisan ana di luar sana...
berkenaan kenapa ana kini sudah jarang menulis...


sebenarnya memang tak boleh nak beri jawapan busy sebab exam ni...
orang tak beli dah dengan alasan ini...
alasan ni lebih kurang sama tarafnya dengan alasan sakit perut sebab lewat ke kelas..
atau pun alasan abang kawen untuk balik bercuti ke kampung...
tapi nak buat macam mana...
dah ana mmg busy lah dengan exam ni...


kita kadang-kadang perlu terima juga alasan remeh ni...
sebab itu lah kita ini sama seperti dalam pernyataan si anu di atas...
suka merumitkan keadaan yang tak rumit...
dan kadang-kadang keadaan menjadi terlalu rumit hingga payah kita nak lihat jalan penyelesaiannya...
ana tak suka merumitkan keadaan...
dan ana tak kenal sapa-sapa pun yang suka hidup dalam kerumitan...
mahu pun kekusutan...
tapi masih...
kita rumitkan juga keadaan...

peh...
bukan main lagi Lem skarang...
macam baru putus cinta...
mana la ana nak tau...
mungkin juga kot...

teringat kata seorang sahabat...
bila masalah jadi rumit...
ada baik juga kita ber'uzlah...
dan bermuhasabah...
banyak kebaikan jika kita selalu beruzlah dan bermuhasabah ni...
kalu tak percaya cubalah dulu...
semoga kita masing-masing menemui apa yang kita hajati dan cari-cari selama ini...

Saturday, April 11, 2009

gadis impian rakyat malaysia?(malaysian dream girl)

Online reality show based on a model search competition. Internet reality tv series to discover new Malaysian models.This competition which include models in lingerie session is joined by four other malay female contestors.

gempar...
apa sudah jadi...
inilah bahana globalisasi yang kita semua bangga-banggakan...
jangan mudah terpedaya dan digula-gulakan dengan kata-kata manis orang barat...
dunia tanpa sempadan itu temberang...
kebebasan tanpa batasan itu temberang...
ini lagi satu temberang...
ini gadis idaman malaya ke...
sapa kelapaq sangat nak tengok pi sini...

tolong lah jangan jadi beruk...
sebab beruk ni...
suka tengok dan lepas 2 tiru tanpa usul periksa...
dan guna akal...

gadis impian rakyat malaysia?...
sorry...
saya tak termasuk...

p/s:penulis bukan anti barat ke ape...
tapi penulis anti orang melayu yang mengada-gada lebih drpd orang barat...

Monday, April 6, 2009

warisan...

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara (3x)

anak kecil main api...

terbaru...
terhangat...
sudah berada di pasaran...
Lem kembali...
masih lagi...
fundamental...
conservatif...


penulis sudah kembali...
di atas permintaan ramai...
ini medan baru penulis...
berkongsi idea dan pandangan...

penulis tak kata yang penulis ni semua pun betul...
penulis pun bukan sempurna tapi penulis dah tahu yang itu...
tapi penulis adalah penulis...
dan penulis tidak menulis ikut perasaan dan emosi...
apatah lagi menulis ikut mana yang dan serta ikut sedap...
ada pengajaran buat sesiapa sahaja yang mahu mengambil...

p/s:penulis bukan lah seorang anak kecil yang suka main api...
tapi kalu ade sesapa yang terbakar penulis tak jamin ya...